Keburukan Smartphone iPad Kepada Anak-anak

effect use of ipads


Menggunakan telefon pintar(smartphone) ataupun iPad untuk memenuhi keinginan anak akan mengurangkan kebolehan mereka untuk belajar kemahiran kendiri. Ini berdasarkan kajian yang pernah dilakukan.

Pengkaji di Sekolah Perubatan Universiti Boston telah mengkaji beberapa alat interaktif yang bertujuan untuk pembelajaran anak kecil. Mereka telah menyuarakan beberapa soalan berkenaan kegunaan alat media ini untuk tujuan pengajaran.

Keburukan Smartphone Kepada Anak

Pengkaji ini menyatakan bahawa semua sedia maklum kesan sampingan telvision dan video pada anak kecil, tetapi pemahaman masyarakat berkenaan kesan sampingan telefon pintar amat kurang berbanding berapa ramai anak-anak sekarang yang telahpun menggunakannya.

Pengkaji ini menyatakan bahawa menggunakan tablet ataupun telefon pintar untuk memesongkan perhatian mereka akan menyebabkan masalah dalam perkembangan sosial-emosi anak-anak.

"Jika alat ini digunakan untuk menenangkan dan memesongkan perhatian anak kecil, adakah ianya akan membantu dalam perkembangan mereka dalam kemahiran kendiri?" Soal pengkaji.

"Alat ini akan menggantikan beberapa aktivi perkembangan kemahiran sensorimotor dan visual-motor yang mana ianya amat penting di dalam perkembangan anak-anak dan membantu aplikasi di dalam matematik dan sains"

Pengkaji ini membuat kesimpulan bahawa, penggunaan telefon pintar dan tablet hanya mengundang banyak persoalan berbanding solusi.


Artikel ini ditulis berdasarkan fakta saintifik dari sumber kajian yang pernah dilakukan sumber kajian

0 comment... add one now