Hanya Melalui Whatsapp, DJ Radio Salam FM ini Dipecat Serta merta

Dj radio dipecat melalui whatsapp


Kuala Lumpur – Penyampai radio Salam FM, Mohamed Noor Mohamed Yusof mendakwa dipecat daripada stesen radio berfokuskan dakwah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), berkuatkuasa 30 Januari lalu apabila bertanyakan mengenai tunggakan gaji.

Juruhebah yang lebih dikenali sebagai DJ Noor itu berkata, paling menyedihkan apabila beliau hanya dimaklumkan mengenai pemecatan tersebut melalui aplikasi pesanan Whatsapp sejurus selesai menjalankan tugasan pada jam 8.00 pagi.

“Saya DJ Salamfm (kelolaan JAKIM/RTM) dibuang dalam masa 24 jam pada 30 Januari lalu melalui whatsap.

“Hanya kerana saya bertanyakan gaji saya yang tidak dibayar” ujarnya ketika menghubungi SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya antara alasan yang digunakan oleh pihak Media JAKIM, pemecatan tersebut terpaksa dilakukan kerana arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’Seri Jamil Khir Baharom.

Tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan itu, beliau kemudiannya segera menghubungi Jamil Khir bagi mendapatkan kepastian.

“Saya segera hantar pesanan SMS kepada YB Menteri dan beliau terus hubungi saya menyatakan bahawa beliau TIDAK PERNAH sesekali mengetahui tentang apa yang berlaku.

“Apatah lagi untuk mengeluarkan sebarang arahan tentang perkara terbabit” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi ia jelas membuktikan bagaimana pihak pengurusan Media Jakim segaja mengunakan nama Menteri untuk melaksanakan keputusan berdasarkan komplot.

“Bayangkan pengorbanan saya selama lebih 5 tahun, macam tu je bahagian media jakim buat kat saya.

“Saya amat tertekan, ini semua berlaku dalam keadaan saya terpaksa menjaga ibu, lima orang anak buah (kerana) abang saya lumpuh seluruh badan dan hanya mampu menggerakkan mata sahaja” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi walaupun pihak majikannya mengetahui mengenai penderitaan yang dihadapinya itu namun mereka tidak pernah mengendahkannya.

“Mereka pernah katakan dalam mesyuarat, JAKIM ini bukan JKM (Jabatan Kebajikan Masyaraat).

“(Pada saya) ia sangat kurang ajar dan tidak ada hati perut” ujarnya kesal.

sumber; http://www.suara.tv/2015/02/09/dj-radio-salamfm-dipecat-24-jam-melalui-whatsapp-kerana-arahan-menteri/

0 comment... add one now