Cara Mengajar Anak Menggunakan Tandas


Akan ada satu keadaan di mana ibu bapa merasakan yang anak mereka perlu ke tandas dan tidak lagi  bergantung kepada lampin pakai buang. Kebiasaannya anak berumur 2 tahun sudah boleh berkomunikasi dengan ibu bapa memberitahu yang mereka hendak ke tandas.

Cara Mengajar Anak Menggunakan Tandas


Terdapat beberapa tanda yang anda boleh perhatikan yang menandakan anak anda sudah bersedia untuk pergi ke tandas. Antaranya ialah;


  • Anak anda memberitahu yang lampin mereka basah.
  • Anak anda mula menunjukkan minat untuk ke tandas
  • Anak anda boleh mengikut arahan ringkas yang anda berikan.
  • Anak anda bangun dalam keadaan lampin kering
  • Anak anda boleh menanggalkan dan memasang semula seluar sendiri tanpa bantuan.
Anda akan mula melihat tanda ini pada umur anak anda 18 bulan ke 24 bulan. Walaubagaimanapun, anak-anak berumur 2,3 tahun dan masih lagi memakai lampin bukanlah satu perkara asing.


Sebelum anda mengajar anak menggunakan tandas, biasakan perkara berikut kepada anak anda;

  • Bawa anak anda masuk ke tandas ketika anda ingin menggunakan tandas. Biasakan anak anda dengan keaddan sekeliling tandas.
  • Biarkan anak anda menggunakan sendiri flush di dalam tandas
  • Sediakan kerusi tandas (potty chair) untuk anak anda. Bagitahu yang kerusi tersebut khas untuk dia. . Bagaimanapun, ini bukanlah satu alat wajib di dalam melatih anak untuk menggunakan tandas. Ianya cuma satu alat bantuan.


Kesimpulannya, anda bolehlah mula melatih anak anda untuk mula menggunakan tandas. Kebiasaannya ianya mengambil masa 6 bulan ke setahun untuk anak anda betul-betul menggunakan tandas sepenuhnya.

0 comment... add one now