Kebaikan Melancong Pada Usia Muda 20 an



Jika anda pernah terfikir untuk pergi melancong seorang diri secara solo, lakukanlah. Ianya akan menjadi  pengalaman terhebat di dalam hidup anda. Ada suka duka yang akan anda tempuhi. Dan poin utama di sini ialah, tiada umur yang sesuai melainkan umur 20-an anda untuk anda melancong seorang. Ini 5 sebab mengapa anda kena melancong seorang diri pada usia 20-an.

1. ANDA BELAJAR BANYAK BENDA
Melancong seorang berbeza dengan melancong bersama keluarga dan kawan-kawan anda. Melancong seorang akan membuatkan anda tahu apa yang anda suka dan apa yang tidak tanpa mendengar suara orang lain

2. ANDA ADA MASA
Ya, usia 20-an merupakan usia yang ideal untuk anda pergi melancong. Mesti anda terfikir bila masa nak belajar, mencari kerja dan sebagainya? Ya. Anda sebenarnya ada masa. Percayalah. Selepas usia 20-an, anda akan disibukkan dengan hal-hal keluarga dan kerja. Maka, ambil kesempatan di usia 20 an anda.

3. ANDA ADA TENAGA
Bayangkan, usia 60 anda melakukan bungee jump? Mesti tak dapat bukan. Maka, usia 20 an anda merupakan masa di mana anda bertenaga dan mampu melakukan semua aktiviti yang anda mahu. Di samping itu, dengan melancong berseorangan, anda tidak akan terikat dengan aktiviti yang anda tidak mahu lakukan.

4. KELUAR DARI ZON SELESA
Ya, keluar dari zon selesa anda. Cuba untuk berubah dan beradaptasi dengan situasi yang baru.

5. ANDA AKAN PULANG MENJADI SEORANG YANG LEBIH BAIK
Percayalah, selepas anda pulang dari melancong, anda akan dapat sesuatu yang akan menjadikan anda lebih baik dan terdapat satu perasaan tu, yang susah untuk diungkapkan. Anda melanconglah secara solo, dan anda akan tahu.

3 comments.. read them below or add one

Arieon Arieon 17 February, 2016
Terbaik informasi ini. Suatu ketika dahulu susah nak dapat informasi ini. Saya dulu keluar melancong bukan mengembara tetapi menjadi pelawat kerana ikut 'tour'. Hanya pada umur 30-an baru saya dapat melancong secara mengembara. Mengembara lebih seronok berbanding dengan menjadi pelawat(tourist).
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 02 March, 2016
Betul, kalau ada masa, tenaga dan perbelanjaan memang wajib melancong di usia muda
Abdul Mukmin Abdul Mukmin 30 March, 2016
belum pernah lagi melancong sendiri, nak try lps ni klu ada rezeki, boleh tahu mana best, melancong sendri atau kumpulan.