Borang Permohonan BRIM 2015 (BR1M)



Seperti yang diumumkan pada bajet 2015, bayaran BRIM telah dinaikkan bagi sesiapa yang layak. BRIM yang layak diterima adalah berbeza mengikut pendapatan isi rumah. Bagi pendapatan isi rumah RM3,00 ke bawah, ianya dinaikkan dari RM650 kepada RM950, manakala pendapatan isi rumah antara RM3,00 hingga RM4,000 pula mendapat RM750. Bagi individu berumur 21 tahun ke atas pula menerima RM350 berbanding RM300 tahun lepas.


Borang Permohonan BR1M 4.0 Tahun 2015 Online
Nota Penting: Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka pada minggu kedua bulan Disember 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.
Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia  2015
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Kadar Bayaran BRIM 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015
Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
  • RM950: Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.
Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
  • RM750: Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
  • RM350: Kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.
Bonus Skim Khairat Kematian
Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

0 comment... add one now