Cara Senyum Cantik Depan Kamera


Ramai orang ada gambar yang ditangkap menggunakan kamera. tapi rupa kita nampak tidak memuaskan di dalam gambar tersebut. Bukan salah kamera. Mungkin juga itu salah anda sendiri yang tidak tahu bagaimana cara untuk senyum dengan betul.

Pada artikel kali ini, saya akan menunjukkan bagaimana cara hendak senyum dengan cantik dan sempurna di depan kamera.

Cara Senyum Cantik Depan Kamera


Senyum Nampak Gigi
Cuba senyum nampak gigi dengan hanya menampakkan bahagian atas gigi anda. Dan cuba tekapkan bibir bawah anda supaya menutupi bahagaian bawah gigi anda. Macam dalam gambar di atas.

Mata Ikut Senyum
Bagaimana nak ikutkan mata sekali senyum? Anda lihat gambar di bawah ini, dan anda akan tahu bezanya.
Tanpa senyuman mata

Dengan Senyuman mata
Kedudukan Lidah
Kedudukan lidah amat penting bagi membentuk bukaan mulut anda. ketika senyum, cuba letakkan lidah anda dibelakang gigi bahagian atas anda. Ini akan membantu menaikkan sedikit dagu anda dan membantu bukaan senyuman anda.

Okay. Ambik kamera, dan cuba tangkap gambar anda dengan tips yang diberikan ini. Anda pasti nampak perbezaannya. :)

0 comment... add one now