Asal Usul Simbol X dalam Matematik

asal usul simbol x

Beratus-ratus tahun sudah berlalu. Pneggunaaan simbol 'X' dalam persamaan matematik masih lagi digunakan secara meluas.Pernahkah anda terfikir daripada asal usul  simbol 'X' ini? Teruskan pembacaan anda.

Asal Usul Simbol X


Algebra wujud pada tahun antara 750 dan 1258. Ianya jelas digunakan di dalam buku seorang sarjana islam Muhammad Al-Khawarizmi .

Jadi, apa kaitan 'X" dengan sejarah ini? Di dalam rancangan bual bicara TED. Pengarah Radius Foundation, Terry Moore mengatakan bahawa permulaan penggunaan X ini apabila ilmuwan dari Sepanyol tidak dapat menyebut perkataan arab seperti perktaan yang mengandungi huruf Sheen(shin).

Perkataan Unknwon (tidak diketahui) di dalam bahasa arab disebut sebagai as-shalan. Ianya mengandungi huruf Shin. Dan oleh sebab sarjana dari Sepanyol tidak dapat menyebutnya "Sh" maka ianya diubah kepada sebutan "ck". Sebutan "ck" di dalam bahasa Greek kuno  ditulis sebagai "X". Maka di sinilah bermulanya penggunaan X.

Ini sama juga di dalam penggunaan huruf X dalam menulis Christmas. Christmas ditulis sebagai Xmas. Di mana huruf X menggantikan perkataan Christ.

0 comment... add one now