12 Alternatif Ayat "Jangan " Untuk Anak Anda. Ibu Bapa Kena baca!



Perkataan ataupun ayat yang mengandungi perkataan "Jangan"  akan membuatkan anak anda berasa ragu dan takut untuk melakukan sesuatu. Contohnya ayat " Jangan kesana, nanti jatuh."

Maka, pada artikel ini kami akan memberikan alternatif lain bagi perkataan "jangan" yang mana ianya baik untuk perkembangan psikologi anak anda.

"Jangan Berebut! " -  " Main ikut giliran ya.
"Jangan bising!" - Cuba kecilkan suara kamu sayang, ibu dapat mendengar sampai ke sini.
"Jangan pukul kawan" - Sayang kawan kamu
"Jangan lari di dalam rumah" - jom keluar rumah, kita lari di luar
"Jangan buang sampah sembarangan." - Buang sampah ke dalam tong sampah.
"Jangan melawan ibu." - Cuba dengar cakap ibu , sayang.
"Jangan sepahkan mainan kamu." - Lepas main, letak di tempatnya ya.
"Jangan malas." - Cuba jadi lebih rajin.
"Jangan melompat-lompat di sofa" - Sofa tempat untuk duduk sayang.
"Jangan main jauh-jauh." - Main dekat dengan rumah ya.
"Jangan cengeng." - Cuba sayang bagitahu, sayang nak apa?
"Jangan lambat" - Cepat sayang, nanti lambat.

dan banyak lagi ayat lain yang anda boleh ubah sendiri mengikut kreativiti anda. yang penting jangan gunakan perkataan "jangan"

0 comment... add one now